Assalamualaikum...

Disebabkan ramai betul yang pm saya mengadu bertanyakan kenapa dia makan supplement tapi  tak ada kesan pun. So entry kali ni saya nak kupas isu ini dan harap sedikit sebanyak dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. 

Pernah tak anda sendiri rasa macam tu?  
Jom kita semak diri kita sekejap. Adakah kita termasuk di dalam golongan / faktor-faktor seperti berikut? 

Let's check it out!

5 SEBAB VITAMIN YANG DI AMBIL TIDAK BERKESAN

FAKTOR 1: Tidak suka minum air putih
Anda tidak suka mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. 
Tabiat ini adalah kerana, anda lebih sukakan minuman yang berwarna dan berperisa.




TAHUKAH ANDA??
Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan

SARANAN 
Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Minum air putih yang di masak, sekurang-kurangnya 3L sehari. Untuk lebih efektif, anda boleh siap2 letak air dalam 3botol di tempat kerja anda ataupun di tempat yang anda selalu nampak dan pastikan anda habiskan 3 botol tersebut setiap hari. Bagaimana hendak mengetahui air yang kita ambil mencukupi? Salah satu nya adalah melalui warna urine. Sekiranya urine berwarna putih itu menandakan air yang diambil adalah mencukupi. 



FAKTOR 2 : Makan Vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa 

Jika anda seorang yang gemar mengambil vitamin dengan kuantiti yang banyak sekaligus, hanya disebabkan anda risau anda akan terlupa untuk mengambilnya pada masa lain, sebaik-baiknya anda berhentikan tabiat sebegini. Kebanyakkan orang, sangat suka mengambil dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur.




TAHUKAH ANDA??
Pengambilan vitamin dengan banyak sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa tertentu, lebih-lebih lagi pengambilan sebelum tidur. Sedangkan pada masa ini, anda kurang mengambil air bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil.

SARANAN
Sebaik-baiknya, bila anda membeli vitamin, anda dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai untuk anda melalui Perunding Kesihatan Vitamin anda atau farmasi tempat anda membeli vitamin tersebut. Bincangkan waktu yang boleh dan sesuai untuk anda. Ini adalah untuk mengelakkan daripada buah pinggang anda terbeban kerana tabiat anda mengambil vitamin yang banyak sekaligus pada masa yang tertentu sahaja.


FAKTOR 3 : Elakkan pengambilan vitamin (supplemen) bersama ubat

Sekiranya anda sedang berada dalam pemantauan doktor, dan anda telah bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan daripada mengambil kedua-duanya secara serentak.


TAHUKAH ANDA??
Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak, boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda dan ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.

SARANAN
Cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan vitamin yang anda ambil bagi mengelakkan pengambilan serentak berlaku. Jika anda mengambil ubat yang doktor sebelah pagi, anda boleh mengambil vitamin pada sebelah malam. Namun, jika anda perlu mengambil kedua-duanya secara berturutan, jadi, anda boleh amalkan vitamin selepas 2-3 jam selepas anda mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.


FAKTOR 4: Pengambilan Kafein dalam diet harian

Bagi yang sangat mengemari minuman berkafein dalam diet harian sebagai pemberi tenaga semasa bertugas, adalah sangat sukar untuk berhenti dari mengambilnya. Malahan, ada yang mengambilnya dengan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan rasa mengantuk semasa bertugas waktu malam.


TAHUKAH ANDA??
Pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dengan kuantiti yang tinggi secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat vitamin yang di ambil. Malahan, kesan yang anda impikan, tidak akan dapat diperolehi, di sebabkan minuman berkafein ini. Malahan, pengambilan vitamin dengan minuman berkafein dan bukannya air putih, boleh menyebabkan kerosakan vitamin yang anda ambil.

SARANAN
Jika anda gemar mengambil kopi atau teh 3 cawan sehari, kurangkan secawan sehari. Jadikan ia sebagai amalan, sehingga anda boleh berhenti mengambilnya dan melupakan minuman kegemaran anda ini. Pengambilan Vitamin tanpa minuman kegemaran anda ini, akan membuatkan anda lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari.


FAKTOR 5 : Pengambilan vitamin tanpa ilmu yang betul

Pengambilan vitamin adalah penting untuk tubuh kita. Namun, jika anda mengambilnya tanpa ilmu, seperti mengambilnya serentak, sedangkan ia tak boleh serentak, adalah sangat merugikan.


TAHUKAH ANDA??
Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea. Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E. Tetapi harus diingat sekiranya anda mengambil keduanya serentak, ia tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan cuma mengganggu kadar penyerapan sahaja. 


Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan. Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi antara kedua-duanya. 

SARANAN 
Adalah penting semasa anda membuat keputusan untuk membeli vitamin dan memastikan beberapa perkara berikut diambil kira:



✔️Vitamin HALAL
✔️Vitamin SEMULAJADI
✔️Vitamin mempunyai Sijil KKM yang sah atau logo hologram dari KKM pada botol yang anda beli
✔️Vitamin SELAMAT
✔️Dan paling penting, kita perlu mengamalkan vitamin secara konsisten selama 90 hari atau 3 bulan berturut-turut kerana sel kita memerlukan masa selama 90-120 hari untuk hidup dan serasi dengan darah kita.

Kesimpulannya, anda mesti memilih Perunding Vitamin Anda dengan bijak dan jadilah PENGGUNA yang BIJAK. 


So, macamana? Adakah anda tergolong salah satu yang di atas?  Apa tunggu lagi..jom ubah diri dan cuba konsisten and ikut saranan 2 yang telah di berikan. 

Terima kasih yang tak terhingga kepada kenalan Shaklee saya, Kak Zah atas perkongsian yang sangat berguna dan bermakna ini. 

Sebarang kekeliruan, bole segera hubungi kami di D'IZZSOFEA. 


Assalamualaikum,

Sempena promosi Omega Guard ni,jom kita sama-sama kongsikan kebaikan omega ini. 

[Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang]

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. 

Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik. Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.




[SUMBER OMEGA 3]

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee:

  1.  Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  2.  Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 
  3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari  ketumpatan minyak hati ikan.
  4.  Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
  7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


[24 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee]

✔️ Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
✔️ Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
✔️ Mencegah salur darah dari tersumbat
✔️ Omega 3 dapat mengelakkan strok
✔️ Mengekalkan tekanan normal darah
✔️ Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
✔ Mengurangkan sakit kepala
✔️ Merendahkan kolestrol
✔️ Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
✔️ Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
✔️ Mengawal masalah obesiti
✔️ Mengurangkan risiko penyakit jantung
✔️ Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembanagn otak janin
✔️ Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
✔️ Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
✔️ Membantu menyihatkan paru-paru
✔️ Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
✔ Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE  (lupus erythematosus)
✔️ Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
✔️ Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
✔️ Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
✔️ Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
✔️ Memelihara fungsi-fungsi sendi
✔️ Mencegah penyakit gout



Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:

♥️Mencegah insomnia
♥️Mengurangkan tekanan emosi
♥️Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
♥️Membantu memperbaiki masalah autism
♥️Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
♥️Mengurangkan masalah schizophrenia
♥️ Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

[Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?



1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang optimum.

Banyak betul khasiat Omega Guard ni, Pendek kata tidak rugi kita melabur untuk membeli supplement sebegini, Hubungi je saya sekiranya berminat. Boleh kita bercerita lebih panjang lagi..




Vitamin Expired, Selamat ke?

Assalamualaikum...

Lama tak update blog. Super duper buzy 2-3 bulan ni.Tapi walaupun sibuk,  supplemen tetap kene makan. Baru sentiasa sihat dan bertenaga. Baru-baru ni ada beberapa orang PM ummiizzsofea berkenaan vitamin yang tamat tempoh. Inilah jadinya bila vitamin yang dibeli buat pekasam. Haha...bila ramai yang hantar testi cakap bagus, kulit cantik dan berseri, sentiasa bertenaga mula la carik vitamin kan. Nak continue makan.. sekali tengok...alaaaa dah EXPIRED.

Jadi adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh?

Jawapannya cukup mudah!

SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum daripada penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akan kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pd badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yg terbaik adalah buang dan beli baru

Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?

Seperti yg diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?

Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yg terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapan terbentuk dalam botol. Sebanrnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2thn melainkan makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya.
Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dr awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lg kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh.

Ha..nak lagi clear cer baca penjelasan dari Shaklee ni. 



Haa..clear tak? Kesimpulannya SELAMAT tapi penyerapan nya tidak sama..kalau saya buang jer. Lepas tu beli baru dan disiplinkan diri untuk makan secara konsisten. Saya pasti kalau konsisten confirm tak akan expired dan anda akan rasai KEHEBATAN dan PERUBAHAN YANG KETARA...

Wallahuallam.
Ummi Izzsofea

0123962094