Now we continue sharing more tips untuk kurus dengan sihat. Stay Tuned 

## JOM SIHAT ## 04
**TIP #04**
Apa itu KALORI

Kalori adalah unit untuk pengiraan jumlah tenaga yang terhasil dan diperlukan oleh tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian.
Mentor saya Kevin Zahri berkongsi, untuk menurunkan berat 1kg berat ia bersamaan dengan pembakaran kalori sebanyak 7700kcal.. 
BERAPA KALORI MINIMUM YANG DIPERLUKAN??
  • Kuantiti kalori yang diperlukan oleh badan seseorang adalah berbeza mengikut berat badan, jantina dan umur masing-masing. 
  • BMR (Basal Metabolism Rate) adalah jumlah kalori yang diperlukan oleh badan seseorang untuk menjalankan aktiviti harian.
  • Dr. Jennifer Sacheck, Ph.D, an associate professor of nutrition at Tufts University berkata; “You’ll want to use a BMR as a rough estimate to set your basic needs”

Untuk meganggar jumlah kalori, kita gunakan formula berikut;
Formula untuk LELAKI
BMR = 66 + (13.7 x berat (kg)) + (5 x tinggi (cm)) - (6.8 x umur anda)

Formula untuk PEREMPUAN
BMR = 655 + (9.6 x berat (kg)) + (1.8 x tinggi (cm)) - (4.7 x umur anda)

Ini baru permulaan dalam pengenalan tentang kalori.. 
Jom kira BMR kita and share kat sini. 

Image result for kalori

Regards





Assalamualaikum,

Let's continue sharing untuk tips seterusnya . 

## JOM SIHAT ##
**TIP #03**

Tetapkan TARGET !!

Image result for target
Setelah kita sudah BIG WHY dan MENTOR yang boleh membantu, pekara yang seterusnya ialah perlu ada TARGET.
TARGET mestilah sesuatu yang realistik, ada jangkamasa dan spesifik.
Contoh : Saya nak turunkan berat badan dari 90.3kg ke 73kg dalam masa 6 bulan

KENAPA PERLU TARGET
Target penting untuk memastikan kita sentiasa ada sasaran untuk bertindak & terus bertindak 

Image result for tindakan

"FAST ACTION FAST RESULT" 

Regards,




Assalamualaikum..

Saya kongsikan tips seterusnya dalam Jom Kurus. 

# JOM SIHAT ##
**TIP #02**
Cari MENTOR

Seperti dikongsi sebelum ini, saya melakukan proses penurunan berat badan tapi kurang berkesan & tidak berkekalan. Ini kerana apa yang saya lakukan adalah berdasarkan "apa yg boleh", "baca & buat" & "ikut suka" tanpa ilmu & sistem yang betul.

Tahun ini saya rasa perlukan kelainan & saya laburkan dana hidup saya untuk mendapatkan MENTOR yang betul. Saya mendaftar JK1M#4 (Jom Kurus 1 Malaysia musim ke-4) anjuran Kevin Zahri dibawah kendalian Coach Elone Ker, Coach Clarissa, Coach Eddy Suffian & Coach Elrone. Mereka adalah individu yang saya gelarkan MENTOR fitness saya yang terbaik 



Image result for mentor
KENAPA PERLU MENTOR
Dalam apa jua yang kita buat apa perlu dilakukan dengan betul & MENTOR adalah orang penting bagi memastikan apa yang dilakukan adalah dengan mengikut sistem & kaedah yang betul untuk mendapatkan impak yang optimum. Mereka sangat penting untuk memberi semangat & rujukan jika perlu.
MENTOR mestilah seseorang yang berilmu & yang terbaik adalah orang yang pernah melalui apa yang kita bakal lalui..
Jom Cari, Ikut (Mengikut Batasan) dan paling penting Hormat MENTOR untuk mendapat keberkatan ilmu yang berkekalan

Inspirasi Hati 
Ummi Izzsofea
0123962094
Shaklee Independant Distributor 
Senior Sup 2015

Assalamualaikum,..

Ramai antara kita yang ingin kurus tetapi tidak tahu macamana cara sebenar untuk kurus. Mulai hari ini, saya akan berkongsi dengan anda semua tips-tips penting untuk anda kuruskan badan. Tips ini sangat praktikal dan telah dibuktikan keberkesanannya. 

Ilmu ini adalah hasil perkongsian daripada suami saya yang menyertai Jom Kurus bersama Kevin Zahri dan beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 9kg dalam masa sebulan setengah. 

Anda nak kurus dan sihat?? Let's check it out tips yang amat berguna dari suami saya. 

## JOM SIHAT ##


Ramai antara kita yang ingin kurus tetapi tidak tahu macamana cara sebenar untuk kurus. Mulai hari ini, saya akan berkongsi dengan anda semua tips-tips penting untuk anda kuruskan badan. Tips ini sangat praktikal dan telah dibuktikan keberkesanannya. 

Ilmu ini adalah hasil perkongsian daripada suami saya yang menyertai Jom Kurus bersama Kevin Zahri dan beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 9kg dalam masa sebulan setengah. 

Anda nak kurus dan sihat?? Let's check it out tips yang amat berguna dari suami saya. 


## JOM SIHAT ##
**TIP #01**
Tetapkan BIG WHY

Sejak 2012 saya sudah berusaha menurunkan berat badan melalui pelbagai cara dan ia berhasil tetapi tidak berpanjangan. Kembali pada keadaan asal.. "Obesiti" Kenapa?.. Sebab saya tiada BIG WHY.
Sekarang saya sudah tetapkan BIG WHY saya untuk sihat sebab saya tak nak keluarga & anak2 susah jika saya tidak sihat. Ini yang menjadi motivasi untuk saya terus, terus dan terus pastikan saya kekal sihat dan menurunkan berat badan ke paras normal adalah langkah pertama.

PENTINGNYA BIG WHY
Ia penting sebagai motivasi berkekalan dimasa anda sudah berasa putus asa dalam proses menurunkan berat badan.
Jom tetapkan BIG WHY masing2 kenapa anda perlu untuk turunkan berat badan sekarang!!
Bagi yang muslim masukkan "kerana Allah". Semoga menjadi sebahagian daripada ibadah 


Note : stay tuned for next tips. Jom follow izzsofea. 


Ummi Izzsofea
0123962094
Shaklee Indendent Distributor 
Senior Sup April 2015