Percutian Family Ronda Sabah : 5 Tempat WAJIB lawat di Sabah...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..cuti datang lagi. Kebetulan pula tahun ni Deepavali jatuh pada hari Rabu (22hb Oct 2014) dan Awal Muharam pula hari Sabtu (25hb Oct 2014). Syarikat tempat kerja kami menetapkan cuti ganti jatuh pada hari Jumaat & kami amik one day annual leave hari Khamis. So panjang la cuti kami...

Jom kita jejaki pengembaraan kami dalam bermusafir ke Bumi di Bawah Bayu ni. Ini bukan kali pertama kami ke sana tetapi apa yang menarik nya kali ini kami nak explore tempat2 yang tak pernah kami kunjungi lagi. Let's check it out!

Day 1 (22hb Oct 2014)

Tiket ferry kami ke Menumbok seawal jam 6pagi. Kami menggunakan perkhidmatan Ferry Putrajaya, Kuching. Ferry baru katanya..Not bad. Jarak diantara kereta juga bagus and tidak terlalu rapat macam Ferry Wawasan. Toilet service kat atas pun bersih. Ada 3 toilet for each  gender.. So izzsofea terpaksa bangun seawal pukul 4pg. Huhu nasib diorang ni jenis yang tak culas nak  bangun pagi. After 1jam 15 minit maka sampai la kami ke menumbok. Bermulalah pengembaraan kami...

Check point 1 : Lok Kawi Wildlife

Kami dah biasa p Lok Kawi ni tapi sejak Sofea dah membesar ni belum pernah jejak so kami decide singgah je la..lagipun tempat tu selaluan dengan tempat yang kami nak tuju. Alhamdulillah elok kami sampai Animal Show baru nak mula jam 11.15 pg. Dalam hati, mesti show die ni sama je ni mcm dulu2..hehe tapi apa yang bestnya diorang dah ubah show die..totally new experience...best gilak..siap ada actor lagi..patut la poyo gile abang tu..rupanya pelakon...terbaik ahhh...

      Abang izz malu2 dgn si burung Macaw yang bijak math. 


     Sofea & Izz seronok bergambar dengan burung lepas habis show!

Lepas habis tengok show, kami decided untuk ronda-ronda kawasan park yang berdekatan. Menarik la jugak..disebakan keadaan cuaca yang agak panas, kami hanya sempat melihat gajah, burung-burung, harimau, kancil dan a few binatang di haluan exit sahaja. Tak larat nak jalan turun bukit naik bukit. Last time kami datang sempat juga menunggang gajah. hehe kali ni xsempat sebab next show jadual die pukul 2pm. Malas nak menunggu. Pada hemat saya, pihak Lok Kawi Wildlife sepatutnya menambah jadual waktu trem pada musim cuti sekolah dan jugak public holiday. Demi kesenangan pengunjung especially yang dah berumur dan mempunyai anak kecil.  

   Sofea masih ceria dalam kepanasan.Izz pulak terpaksa posing..xtahan panas..

Check Point 2 : Nasi Padang Ibu , Jesselton Kota Kinabalu 

Kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Oleh kerana perut masing-masing dah berbunyi minta di isi, kami singgah di Nasi Padang Ibu, Jesselton untuk santapan tengahari kami. Ini memang tempat wajib kami kalau pergi Kota Kinabalu., Tidak dinafikan harga dia agak mahal, tapi sekali sekala layan kehendak xsalah kan.. konon-konon self reward selepas penat bekerja kan. Disebabkan semua xsabar nak makan, lupa nak snap pic. hehe. Very nice food and place. Highly recommended to those yang visit Kota Kinabalu. Mahal tapi berbaloi...

Haa...inilah rupa kedai Nasi Padang Ibu tu..Memang betul-betul sebelah Jetty Boat ke Pulau Tunku A Rahman & Ferry Express ke Labuan. 

Check Point 3 : Kudat Golf & Mariner Resort 

Alhamdulillah. Perut dah kenyang, selepas menunaikan Solat Zuhur & Asar (Jamak & Qasar) kami meneruskan perjalanan kami ke Kudat. Ini pertama kali kami ke sana. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 2jam 30 minit. Jalan raya ke sana juga ok dan selesa. Jika sebelum ini ramai yang mengatakan jalan ke sana masih gravel, tapi masa kami ke sana semuanya sudah ber tar. Lebih kurang jam 5.30petang kami sampai di Kudat Golf & Mariner Resort. Fuhhh..penat betul... dari 4pagi baru jumpa hotel.. dalam kepala dah terbayang katil, tilam & bantal... Tapi niat terpaksa di batalkan bila travel dengan si kecik comel 2 orang ni... Disebabkan resort ni mempunyai swimming pool yang sgt best, kami terpaksa la melayan karenah 2 org budak ni nak mandi.

Ini merupakan kali pertama Sofea beraksi di Swimming Pool. Sebelum ni only pool kat belakang umah jer. Izz pulak kali pertama selepas die ter"lemas" masa mandi di Kolam Mandi Temerloh. Serik katanya. 

Tengok punnya happy Sofea & Izz. Sofea tak mau orang pegang die. Nak gerak sendiri. Punya yakin. Umi & Abi plak yang risau lebih-lebih...Sofea dah besar. Dan boleh berdikari. Berani & semangat juang tinggi si sofea ni.


Bila malam menjelma, kami decide untuk ronda-ronda di Pekan Kudat, Dengan bantuan informasi dari Kenalan Lama kami di Kudat Kak Shaxmayra, kami mula mencari Ikan Bakar di Pasar Malam Kudat. Ronda punya ronda, budak2 dah mula mengantuk...so kami buat keputusan untuk singgah makan malam di Esplanate Sidek. Banyak kedai-kedai makan di sini. Seafood dia memang betul-betul murah. Sekiranya anda ke sini, singgalah makan di Klaj or Cheng Ho Restaurant. Amy Search punya kot.. Sedap & Murah sebab portion makanan die banyak. Seperti biasa, xsempat bak snap pic sebab dah kelaparan. hehe 

Day 2 : 23hb Oktober 2014

Checkpoint 1 : Tip of Borneo, Simpang Mengayau, Kudat 

Selepas sarapan pagi di hotel, kami terus check out dan meneruskan perjalanan kami ke Tip of Borneo, Simpang Mengayau. Dari hotel ia memakan masa selama 30minit sahaja. Sangat dekat. Kami sangat bertuah kerana hari ini merupakan hari bekerja, maka tidak ramai orang di sana. So, xperlu la nak bersesak-sesak.. 

Ya Allah cantik sangat pantai di Simpang Mengayau.Airnya biru, pantainya bersih...Saujana mata memandang. Subhanallah. Cuma untuk sampai ke kawasan globe ni, jauh jugak la kene jalan kaki turun bukit dan naik bukit. Kereta kene park die tempat parking yang agak jauh. Kene hati-hati sebab silap langkah bole tersungkur. Sofea dah tersungkur pun..tapi biasalah budak semangat juang tinggi, tetap bangun dengan senyuman and teruskan perjalanan. hehe 

Selepas masing-masing dah penat turun naik bukit, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. 



Check Point 2: Desa Dairy Farm , Mesilau 

Atas permintaan anak lelaki kesayangan kami Muhammad Izz Hafiz, kami meneruskan perjalanan kami ke Kundasang untuk melihat lembu-lembu dan menikmati pemandangan indah ala-ala New Zealand di sana. Alhamdulillah setelah 3jam lebih di jalanan, sampai jua kami di Kundasang. Sejuk sampai ke tulang. Setelah menyelesaikan Solat di Masjid Baru Kundasang, kami berhenti makan di kedai makan di Kundasang. Lupa dah nama kedai nya apa. Tapi sedap betul die masak. Beselera semua orang makan. hehe Lepas semua dah settle kami meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm. Lebih kurang 20minit dari Pekan Kundasang. Punya ramai orang and tempat tersebut telah di upgrade.No more parking di Area admin.Sekarang pengunjung terpaksa parking jauh sedikit di tempat parking yang disediakan. Satu lagi, nak bagi makan lembu diorang pun kene beli rumput. Pada saya agak tidak masuk akal la utk seikat rumput RM1 dikenakan. Senang betul; kaut keuntungan...Sepatutnya RM0.50 seikat okla kot. Bukan banyak pun..kami saja dh berhabis RM10 untuk rumput dan susu. Nak buat cemana, budak2 excited. Janji diorang happy. 


Tengok aksi diorang bagi lembu makan rumput dan minum susu. Bukan main happy lagi. Sedar xsedar dekat 2 jam kami di Dairy Farm. Hari pun makin gelap. Kabus pun makin tebal. Kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. 

Check Point 3 : Kasih Sayang Health Resort, Bukit Kokol, Inanam

Percutian kali ni agak berlainan sedikit dari biasa. Kami mengambil keputusan untuk bermalam di atas Bukit Kokol setelah banyak review yang kami search semua cakap ok. Kami tinggal di Kasih Sayang Health Resort. Disebabkan kami ke sana pada waku malam bercampur pulak dengan tidak biasa, kami telah tersalah jalan. Kami melalui jalan lama untuk ke sana. Agak menakutkan jugak lah. Dengan hujan renyai-renyai, malam berkabus dan gelap gelita kami beranikan diri untuk meneruskan perjalanan. Apa yang menariknya, signboard Health Resort ada di mana2. So xyah risau yer. hehe Alhamdulillah kami berjaya jugak sampai ke puncak. Esok pagi baru perasan yang kami salah jalan. haha kami melalui jalan lama. Jalan ke sana sebenarnya sangat baik dan selesa. 

Sampai di sana kami di jamu dengan Welcoming Drinks. Erm..sungguh menyegarkan dan sedap. 

                 Welcoming Drinks : HOney Lemon Tea

Lapar punya pasal, kami pun mulalah meng"order" makanan dari Cafe di Resort Kasih Sayang. Lupa dah apa nama cafe. haha kes lambat update blog.hehe Bila tengok menu dia..Ya Allah baru saya faham kenapa nama die Health Resort. Cer tengok menu dia ni.. memang sihat la kan...Haa..ni la order kami malam tu..sedap.. mee tuaran, ayam boxing and ayam mango...slurpp..sedap hingga menjilat jari. 


  

 

Bila perut dah kenyang, mengantuk baru teringat kat bilik. haha.. Bilik bole tahan besar juga. Cuma yang kurang sikit pada kami sebab bilik die xder aircond. Malam memang sejuk la sebab tinggi kan..penuh dengan kabus. menggigil tidur sejuk. Tapi bila mentari pagi muncul, agak panas sikit la bilik dia. Tp kami xkisah pun sebab kami pukul 10pg dah start check out. So xder la rasa panas sangat. hehe 

Day 3 : 24hb Oktober 2014

Pemandangan di pagi hari memang cantik dari Resort tu. Dengan kabus tebal ala-ala kundasang, kelihatan mentari malu2 nak munculkan diri. Subhanallah cantik sungguh pemandangan nyer. Percaya x puncak gunung kinabalu pun bole tengok dari resort tu tau. Resort tu pulak apa yang buat saya suka adalah dianyer decoration and design. comel sunggu memang ala2 spa gitu..damai je mata memandang. cuma penat sikit nak menapak ke Lobby sebab xder lift. Tangga2 batu gitu. kiri kanan penuh dengan kehijauan. Memang cantik and best. 
In front of Lobby Kasih Sayang Health Resort 

 
Pic 1 : Nasi Lemak Breakfast ; Pic 2 : Puncak Kinabalu dari Bukit Kokol




Breakfast provided tapi course breakfast. Kami pilih nasi lemak instead of English Breakfast .. Sodap. hehe 

Oh ya..lupa plak..sebelum breakfast sebenarnya pagi2 lagi kami dah p Air Terjun Inanam. Dekat je dengan Resort Kasih Sayang tu. Memang best la.. Tapi disebabkan malam sebelum tu hujan lebat, so air pun agak keruh sedikit. Tapi kami tetap enjoy main air terjun. Kami je visitor masa tu. Memang kami empunya tempat la kan. haha sofea sampai menggigil kesejukan. haha Bayaran masuk hanya RM1.50 je. 

On the way keluar dari Air Terjun, baru kami tahu rupanya Mari-mari Culture Village  juga terletak berdekatan dengan Resort Kasih Sayang. Tapi kami xp pun sebab nak p shopping dekat one borneo. hehe Lagipun bila bawak budak2 ni malas sikit nak kene jalan-jalan. Penat. hehe 

Sofea kesejukan selepas berendam dan abi sofea punya happy lepas gian mandi air terjun. 


Check Point 4 : Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu 

Dalam Pukul 10am, kami bertolak turun ke bandar Kota Kinabalu and check in dekat Grand Borneo Hotel untuk semalaman. Hotel tu dah jadi macam hotel kami dah kalo kami turun KK. Bukan apa senang nak p shopping kalau bawa budak. Lagipun kat situ ada swimming pool. Memang suka la budak-budak ni. Tengok je la aksi-aksi diorang ni.. 

Kat One Borneo macam biasalah aktivity bebas la kan.. Shopping, makan, balik hotel tidur. hehe 

Indoor Swimming Pool , Grand Borneo Hotel Kota Kinabalu



Day 5 : 25hb Oktober 2014

Check Point 5 : Rumahku Syurgaku, Taman Arena Labuan. 

Setelah habis pusing One Borneo, kami bertolak pulang ke Menumbok dan seterusnya naik ferry balik Labuan. Masing-masing dah kepenatan dah. haha 
Percutian kali ni memang best and seronok betul la.. 

 


In Sha Allah next time kami p teroka tempat menarik di Sabah lagi..

Sampai Jumpa lagi..

Ummi Izz Sofea Abi 
KK 





0 comments:

Post a Comment