Assalamualaikum.
Ok hari ni kita santai- santai je ok. Sambil-sambil dok tunggu flite ke KL ni jom kita sharing fakta 7 sebab kenapa kita perlu ambil supplement.
Let's check it out!
Kenapa Pengambilan supplement penting untuk kita?
#1 Pencemaran
Tahap pencemaran semakin meningkat dari hari ke hari. Tambah memburukkan keadaan apabila 2 perkara yang menjadi nadi kehidupan kita seharian iaitu udara yang anda hirup dan air yang kita minum juga turut tercemar, sebab tu la anda kena ambil supplement untuk badan anda.
#2 Keperluan Nutrisi
Dos untuk setiap nutrisi yang diperlukan oleh tubuh adalah berbeza. Ada sebahagian nutrisi yang tubuh anda perlukan lebih berbanding nutrisi-nutrisi yang lain.

#3 Buah-buahan dan sayuran telah tercemar dan kurang nutrisi
Kebanyakan buah-buahan dan sayuran ditanam menggunakan racun perosak yang menyebabkan ianya telah tercemar semasa proses penanaman lagi.
#4 Gaya Hidup
Gaya hidup masa kini adalah antara penyumbang terbesar kepada punca pelbagai penyakit. Antaranya ialah ‘fast food’ sebagai makanan ruji, rokok sebagai lambang kematangan, tidak bersenam dan lain-lain.

#5 Berlebihan Semasa Makan
Malaysia adalah negara yang mewah dengan makanan. Masalahnya kebanyakan makanan tersebut adalah yang boleh memudaratkan kesihatan. Contohnya roti canai, nasi lemak, kari dan lain-lain lagi.

#6 Penyerapan Nutrisi
Masalah yang sering berlaku ialah apabila tubuh gagal menyerap nutrisi daripada makanan yang kita makan. Antara faktornya ialah pengambilan makanan atau minuman yang boleh mengganggu penyerapan sesuatu nutrisi.
#7 Kehilangan Nutrisi
Majoriti makan yang anda makan telah termusnah nutrisinya semasa proses penyediaannya lagi. Ini menyebabkan anda hanya dapat rasa lazat daripada makanan tersebut tetapi tanpa nutrisinya.
Nah...betul tak. Cuba semak diri kita.
Sayangi diri kita. Kesian badan kita. Tak mustahil.la kalau kita selalu dapat sakit. Antibodi pun lemah.. Sebab tu supplement tu penting.
Wallahuallam.
0 comments:
Post a Comment